Showing posts with label portraiture. Show all posts
Showing posts with label portraiture. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Ipoh Portrait Photographer

Selain daripada seorang photographer kahwin, saya juga adalah seorang portrait photographer. Memandangkan saya menceburi bidang fotografi ini secara full-time maka saya perlu mempelbagaikan perkhidmatan yang saya tawarkan. Antaranya ialah khidmat fotografi portret, keluarga, koprat dan produk. Bagi family dan portrait photography, sesi mengambil gambar boleh dilakukan di rumah anda atau di studio saya di Halaman Meru Permai, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Gambar-gambar portret di bawah ialah dari job yang saya dapat daripada Institut Darul Ridzuan yang terletak di Greentown Suria, Ipoh, Perak. Untuk tugasan ini saya ditugaskan untuk mengambil gambar CEO serta kakitangan IDR.







Saturday, January 14, 2012

Hari Keluarga Gemilang Maintenance Services















Saya telah dilantik sebagai jurugambar majlis rasmi untuk majlis hari keluarga syarikat Gemilang Maintenance Services di Damai Laut, Lumut, Perak. Majlis ini telah diadakan pada 14-01-2012.

Untuk majlis sebesar ini, saya seorang tidak boleh untuk mengambil kesemua gambar di dalam majlis ini, jadi saya telah meminta bantuan seorang lagi jurugambar untuk membantu saya. Majlis ini telah bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada kira-kira 12 malam. Memang meletihkan tetapi saya amat berpuashati dengan gambar yang dihasilkan begitu juga dengan pihak syarikat.

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah melantik saya sebagai jurugambar majlis rasmi mereka.

Sunday, January 1, 2012

Portraiture-Pictures of My Children





Saya juga memberikan perkhidmatan mengambil gambar portret. Gambar-gambar di atas adalah gambar anak-anak yang telah diambil di studio saya di Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.

Friday, September 23, 2011

Portraiture-Pictures of Megat


Gambar diambil di Taman Botani, Ipoh, Perak

Gambar diambil di Taman Botani, Ipoh, Perak

Gambar diambil di Taman Botani, Ipoh, Perak

Gambar diambil di Cameron Highlands

Gambar diambil di Cameron Highlands

Kadang-kadang, saya dan Megat akan pergi mengambil gambar di Cameron Highlands, Pahang atau di Taman Botani, Ipoh Perak. Saja untuk suka-suka dan yang paling penting untuk membuat kajian mengenai ksan lampu flash terhadap perubahan ISO, Shutter Speed dan Aperture. Kami juga mengkaji mengenai kedudukan lampu dan hasilnya.

Kami tidak menggunakan khidmat model untuk kajian kami dan untuk gambar portraiture kami. Modelnya ialah saya atau pun Megat. Biasanya Megat lah menjadi modelnya. Untuk gambar-gambar portraiture di atas  kami menggunakan 2 lampu, satu di dalam softbox dan satu lagi bare.