Monday, January 23, 2012

Majlis Perkahwinan Shahrizal dan Irdawati di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak










Susulan daripada majlis pernikahan Shahrizal dan Irdawati pada 21-01-12, saya juga telah dilantik sebagai official wedding photographer bagi majlis perkahwinan mereka pada 23-01-12 di rumah pengantin perempuan di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak.

Majlis perkahwinan ini dimulakan dengan majlis tahlil dan bacaan doa oleh Ustaz Kahiruddin pada kira-kira jam 12 tengahari. Rombongan pengantin lelaki telah tiba pada jam 1 tengahari dan beliau telah disambut dengan meriah sekali. Selepas selesai acara bergambar di atas pelamin, pasangan pengantin telah diraikan dengan jamuan makan. Tiada sesi outdoor photography bagi majlis ini, jadi saya cuma mengambil gambar pengantin di sekitar rumah sahaja.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan barbanyak terima kasih kepada pasangan pengantin kerana telah melantik saya sebagai jurugambar rasmi bagi majlis perkahwinan mereka.

Saturday, January 21, 2012

Majlis Pernikahan Shahrizal dan Irdawati di Masjid Taman Kledang Jaya, Ipoh, Perak










Pada 21-01-2012 saya telah dilantik sebagai jurufoto rasmi bagi majlis pernikahan Shahrizal dan Irdawati di Masjid Taman Kledang Jaya, Ipoh, Perak. Majlis pernikahan ini telah berlangsung selepas waktu Asar dan hanya pengantin lelaki sahaja yang ada di Masjid kerana pengantin perempuan berada di dalam keadaan uzur.

Pernikahan berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz sahaja. Selepas selesai majlis pernikahan kami telah pergi ke rumah bapa pengantin perempuan di Halaman Meru Permai untuk acara menyarung cincin dan jamuan makan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Shahrizal dan Irdawati kerana telah melantik saya sebagai jurugambar pernikahan rasmi mereka.

Saturday, January 14, 2012

Hari Keluarga Gemilang Maintenance Services















Saya telah dilantik sebagai jurugambar majlis rasmi untuk majlis hari keluarga syarikat Gemilang Maintenance Services di Damai Laut, Lumut, Perak. Majlis ini telah diadakan pada 14-01-2012.

Untuk majlis sebesar ini, saya seorang tidak boleh untuk mengambil kesemua gambar di dalam majlis ini, jadi saya telah meminta bantuan seorang lagi jurugambar untuk membantu saya. Majlis ini telah bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada kira-kira 12 malam. Memang meletihkan tetapi saya amat berpuashati dengan gambar yang dihasilkan begitu juga dengan pihak syarikat.

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah melantik saya sebagai jurugambar majlis rasmi mereka.

Sunday, January 1, 2012

Portraiture-Pictures of My Children





Saya juga memberikan perkhidmatan mengambil gambar portret. Gambar-gambar di atas adalah gambar anak-anak yang telah diambil di studio saya di Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.