Saturday, December 29, 2012

Malam Gala Pelancongan Perak 2012

Malam Gala Pelancongan Negeri Perak 2012 telah dianjurkan oleh Tourism Perak dan berlangsung pada 29 Disember 2012. Saya telah diberi kepercayaan sebagai official corporate photographer untuk merakamkan majlis tersebut dalam bentuk still photography. Untuk tugasan kali ini saya telah bekerjasama dengan dua orang rakan fotografer saya iaitu Afzan dan Shah.

Majlis ini sungguh meriah dengan kehadiran tetamu dan pemenang-pemenang anugerah seperti anugerah Produk Pelancongan Terbaik, Pemandu Pelancong Terbaik, Media Inovasi Terbaik dan banyak lagi. Terdapat juga persembahan artis seperti Zainal Abidin, Ziana Zain dan Eri Putera. Dan inilah kali pertama saya menonton secara live Zainal Abidin menyanyi, suara dia memang kelasss!!! Saksikan gambar-gambar majlis tersebut di bawah:
















Saturday, December 1, 2012

Majlis Perkahwinan Fadhil dan Fiza

Majlis perkahwinan Fadhil dan Fiza dilangsungkan pada 01 Disember 2012 dan lokasinya ialah di Taman Golf, Ipoh, Perak. Majlis pernikahan mereka telah dijalankan pada hari sebelumnya pada 30 November 2012. Saya telah dilantik sebagai jurufoto rasmi mereka untuk hari pernikahan, hari bersanding dan bertandang.

Seperti biasa saya menjalankan tugas dengan seorang lagi jurugambar iaitu Afzan. Majlis berjalan dengan lancar, cuma semasa pengantin lelaki sampai hujan turun, tetapi tidaklah terlampau lebat. Sesi bergambar outdoor kami jalankan di kawasan Padang Ipoh.








 




 

Saturday, November 24, 2012

Majlis Bersanding Hafizi dan Dhia

Majlis persandingan Hafizi dan Dhia ini telah dijalankan pada hari Sabtu 24-11-2012, di Kampung Sri Kinta Ipoh, Perak. Saya dengan rasminya telah dilantik sebagai photographer majlis perkahwinan mereka beberapa sebelum majlis dilangsungkan.

Saya dan rakan photographer saya, Afzan bertugas pada hari tersebut dan tugasan kami telah bermula dari pukul 11 pagi sehingga pukul 7.30 malam. Pakej fotografi perkahwinan untuk pasangan Hafizi dan Dhia ini memerlukan kami mengambil gambar semasa majlis dan sesi outdoor dimana untuk sesi ini kami telah memilih Hotel Impiana Ipoh sebagai lokasi.

Hotel ini memang cantik untuk bergambar dan saya syorkan kepada pasangan pengantin untuk buat sesi outdoor di sini. Tapi jangan lupa minta kebenaran dari pihak hotel, nanti kena halau pulak!!!
















Saturday, February 18, 2012

Fadil and Hanim Wedding Photography At Temoh, Tapah, Perak







I have been appointed as the official wedding photographer for Fadil and Hanim wedding at Temoh, Tapah, Perak. The event was held on the 18-02-2012 and started at about 12 pm. I went there a bit early to ensure that I arrive at the venue before the event to set up all my gears and to determine the settings for the pictures I'm going to take.

What is interesting about the event is that the village people helped each other to cook and prepare all the dishes, be it for the bride and bridegroom and also for the guests. Its been quite a while since I've seen this kind of a team work between communities.

As soon as the bride and bridegroom arrive they were paraded to the pelamin for the tepung tawar ceremony.  Later they were taken to the dining area for luncheon where the relatives of both sides had their lunch. Then, we had some photography sessions at the pelamin and also in the bedroom.

Our outdoor photography session was scheduled at Gua Tempurung, Gopeng, Perak on the same day later that afternoon. However due to a heavy downpour it was cancelled and we resume the session on the next day.

I would like to thank Fadil and Hanim for appointing me as their official official wedding photographer.

Friday, February 10, 2012

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) Corporate Photography








Another photography trade which I am involved is corporate photography. Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) is my latest corporate client which they have engaged me as their official corporate photographer to photograph their palm oil estate in Tanjung Tualang, Perak.

This project was carried out on 10-02-2012 and my mission was to photograph the activities in the estate. It was a challenging mission as we had to enter the estate using 4x4 the road was more or less like a camel trophy road. It was a bumpy ride and my only concern at that time was my equipment as I couldn't afford to lose my equipment. However, everything went well and I have all the pictures that I need to present to my client.

I would like to take this opportunity to thank SADC for engaging me as their official corporate photographer.

Sunday, February 5, 2012

Majlis Perkahwinan Hady dan Dura di Tambun, Ipoh, Perak






















Saya telah dilantik sebagai jurugambar perkahwinan rasmi bagi perkahwinan Hady dan Dura pada 05-Februari-2012 di Tambun, Ipoh, Perak berhampiran dengan Lost World of Tambun.

Majlis ini telah bermula pada pukul 12 tengahari dengan dimulai oleh kehadiran tetamu dan pada kira-kira pukul 1 tengahari ketibaan pengantin. Upacara perarakan pengantin telah diiringi oleh sepasukan askar dan 2 orang pemain bag pipe yang juga merupakan askar. Sebelum diraikan di atas pelamin, pasangan pengantin melalui bawah pedang sebagai tanda penghormatan.

Setelah selesai upacara di rumah pengantin, pada kira-kira jam 5 petang, kami telah pergi ke Gunung Lang, Ipoh untuk acara outdoor photoshoot. Pengunjung agak ramai ketika itu dan kami terpaksa menunggu giliran untuk mengambil gambar di sesuatu tempat. Walaubagaimanapun, segalanya berjalan lancar dan sesi ini berakhir pada kira-kira jam 7 petang.

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pasangan Hady dan Dura kerana telah melantik kami sebagai official wedding photographer mereka.