Friday, December 23, 2011

Majlis Pernikahan Sharmila dan Saiful di Kampung Che Zainal Chemor, Perak











Majlis pernikahan Sharmila dan Saiful telah diadakan pada 23-12-11 di Kampung Che Zainal Chemor, Perak selepas sembahyang Isyak. Saya telah dilantik sebagai jurugambar pernikahan oleh Sharmila pada kira-kira bulan September 2011. 

Majlis ini telah diadakan di rumah Sharmila. Saya telah tiba di rumah Sharmila selepas waktu Maghrib untuk membuat persiapan bagi lampu studio saya dan untuk mendapatkan setting yang terbaik untuk gambar saya. Untuk majlis ini, saya telah pergi bersama rakan saya, Megat. Majlis ini berjalan dengan lancar dengan Saiful melafazkan lafaz nikah sekali sahaja.

Selepas selesai majlis, para tetamu telah diraikan dengan jamuan makan. Sementara itu saya dan Megat mengambil gambar Sharmila dan Saiful dan keluarga mereka. Majlis ini telah berakhir pada kira-kira jam 11 malam.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada  Sharmila dan Saiful kerana telah melantik saya sebagai jurugambar rasmi bagi majlis pernikahan mereka.

Friday, December 9, 2011

Majlis Pernikahan Firdaus dan Fazilah Di Taman Sri Kota, Taiping, Perak









Majlis Pernikahan Firdaus dan Fazilah di Taman Sri Kota, Taiping, Perak adalah job majlis pernikahan pertama yang saya ambil di Taiping. Sebelum ini saya ada mengambil gambar perkahwinan dan gambar outdoor photoshoot di Taman Tasek Taiping.

Majlis ini telah diadakan di masjid berhampiran rumah pengantin perempuan dan telah diadakan selepas solat Asar. Saya dan Megat telah bertolak daripada Ipoh pada pukul 4 petang. Kami agak terlewat sedikit kerana ada masalah sikit. Walaubagaimanapun, semasa kami sampai jemaah baru saja selesai menunaikan solat Asar dan Tok Kadi belum sampai, jadi sempatlah kami membuat persiapan lampu kami dan juga mendapatkan setting cahaya yang terbaik untuk gambar kami nanti.

Majlis pernikahan berjalan dengan lancar. Firdaus melafazkan lafaz nikah sekali sahaja. Setelah selesai upacar di masjid, kami bergegas menuju ke rumah Fazilah yang terletak berhampiran masjid Taman Sri Kota, Taiping. Di sana kami mengambil pula gambar pengantin di dalam bilik pengantin dan di atas pelamin bersama keluarga mereka.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Firdaus dan Fazilah kerana telah melantik saya sebagai jurugambar rasmi majlis pernikahan mereka. Anda juga boleh melihat lain-lain gambar majlis pernikahan di satu lagi website saya di sini.

Friday, September 23, 2011

Portraiture-Pictures of Megat


Gambar diambil di Taman Botani, Ipoh, Perak

Gambar diambil di Taman Botani, Ipoh, Perak

Gambar diambil di Taman Botani, Ipoh, Perak

Gambar diambil di Cameron Highlands

Gambar diambil di Cameron Highlands

Kadang-kadang, saya dan Megat akan pergi mengambil gambar di Cameron Highlands, Pahang atau di Taman Botani, Ipoh Perak. Saja untuk suka-suka dan yang paling penting untuk membuat kajian mengenai ksan lampu flash terhadap perubahan ISO, Shutter Speed dan Aperture. Kami juga mengkaji mengenai kedudukan lampu dan hasilnya.

Kami tidak menggunakan khidmat model untuk kajian kami dan untuk gambar portraiture kami. Modelnya ialah saya atau pun Megat. Biasanya Megat lah menjadi modelnya. Untuk gambar-gambar portraiture di atas  kami menggunakan 2 lampu, satu di dalam softbox dan satu lagi bare.

Wednesday, May 25, 2011

Kiriin Marine Sdn Bhd Corporate Photography








Kiriin Marine Sdn Bhd is a bumiputra owned company which involves in designing, supply, and  installation of air conditioning system based in Manjung, Perak. To further strengthen the company, they have appointed me as their official corporate photographer to photograph their corporate pictures to be uploaded into their website.
This photography project was done on the month of May 2011 at Manjung and Lumut, Perak. I was assigned to take pictures of their headquarters, workshop and site. It took me 1 day to complete the assignment.
Here , I would like to thank the management for appointing me as their official corporate photographer for this corporate photography project.