Majlis pernikahan Sharmila dan Saiful telah diadakan pada 23-12-11 di Kampung Che Zainal Chemor, Perak selepas sembahyang Isyak. Saya telah dilantik sebagai jurugambar pernikahan oleh Sharmila pada kira-kira bulan September 2011.
Majlis ini telah diadakan di rumah Sharmila. Saya telah tiba di rumah Sharmila selepas waktu Maghrib untuk membuat persiapan bagi lampu studio saya dan untuk mendapatkan setting yang terbaik untuk gambar saya. Untuk majlis ini, saya telah pergi bersama rakan saya, Megat. Majlis ini berjalan dengan lancar dengan Saiful melafazkan lafaz nikah sekali sahaja.
Selepas selesai majlis, para tetamu telah diraikan dengan jamuan makan. Sementara itu saya dan Megat mengambil gambar Sharmila dan Saiful dan keluarga mereka. Majlis ini telah berakhir pada kira-kira jam 11 malam.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sharmila dan Saiful kerana telah melantik saya sebagai jurugambar rasmi bagi majlis pernikahan mereka.
0 comments:
Post a Comment