Friday, December 9, 2011

Majlis Pernikahan Firdaus dan Fazilah Di Taman Sri Kota, Taiping, Perak









Majlis Pernikahan Firdaus dan Fazilah di Taman Sri Kota, Taiping, Perak adalah job majlis pernikahan pertama yang saya ambil di Taiping. Sebelum ini saya ada mengambil gambar perkahwinan dan gambar outdoor photoshoot di Taman Tasek Taiping.

Majlis ini telah diadakan di masjid berhampiran rumah pengantin perempuan dan telah diadakan selepas solat Asar. Saya dan Megat telah bertolak daripada Ipoh pada pukul 4 petang. Kami agak terlewat sedikit kerana ada masalah sikit. Walaubagaimanapun, semasa kami sampai jemaah baru saja selesai menunaikan solat Asar dan Tok Kadi belum sampai, jadi sempatlah kami membuat persiapan lampu kami dan juga mendapatkan setting cahaya yang terbaik untuk gambar kami nanti.

Majlis pernikahan berjalan dengan lancar. Firdaus melafazkan lafaz nikah sekali sahaja. Setelah selesai upacar di masjid, kami bergegas menuju ke rumah Fazilah yang terletak berhampiran masjid Taman Sri Kota, Taiping. Di sana kami mengambil pula gambar pengantin di dalam bilik pengantin dan di atas pelamin bersama keluarga mereka.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Firdaus dan Fazilah kerana telah melantik saya sebagai jurugambar rasmi majlis pernikahan mereka. Anda juga boleh melihat lain-lain gambar majlis pernikahan di satu lagi website saya di sini.

0 comments:

Post a Comment