/* SLIDE SHOW BOX - TUKAR SLIDE SHOW KAT SINI ====================
  • Majlis Penikahan Dr Satira dan Shahrin

    Masjid Sultan Yusoff, Rapat Setia, Ipoh, Perak

  • Majlis Perkahwinan Fadhil dan Fiza

    Taman Golf, Ipoh, Perak

  • Corporate Photography

    FM Cosmetics Malaysia

  • Family Portrait Photography

    Ambil gambar keluarga anda di rumah anda dan dapatkan gambar berkualiti studio

  • Studio Photography

    Kami menyediakan khidmat fotografi studio di studio kami atau di rumah anda

  • Outdoor Photography

    Kami menyediakan khidmat fotografi outdoor samada untuk portret, group atau keluarga anda

  • Corporate Event Photography Malaysia

    Malam Gala Pelancongan Negeri Perak 2012

  • Food Photography

    Kami juga menawarkan perkhidmatan Food Photography

Wednesday, May 1, 2013

Contoh Gambar Perkahwinan di Malim Nawar, Perak

Hari ini, masa saya tengah belek-belek gambar pengantin yang lama-lama untuk di lupuskan, saya terjumpa gambar pengantin Nadia dan Kamil yang saya ambil di Malim Nawar, Perak. Gambar-gambar ini saya ambil pada bulan Ogos tahun 2012. Saya memang terlupa langsung pasal gambar-gambar Nadia dan Kamil ni. Jadi di sini, saya nak jadikan gambar mereka sebagai contoh gambar perkahwinan saya di dalam blog saya ini.









Friday, March 29, 2013

Gambar Sebelum Majlis Nikah Dr Azwa di Gelung Pepuyu

Pada 23 Mac 2013, saya, Afzan dan Shahrul telah pergi ke Gelung Pepuyu di Bota, Perak untuk mengambil gambar sesi nikah Dr Azwa. Beberapa bulan sebelum itu, Dr Azwa telah melantik kami sebagai photographer perkahwinan beliau dan pasangannya Tahzir.

Di sini ingin saya kongsikan sedikit gambar-gambar sebelum sesi pernikahan beliau. Gambar-gambar ini saya ambil di dalam bilik sementara menunggu ketibaan tok kadi dan bakal pengantin.

Dr Azwa dan Sharul melihat hasil gambar masing-masing

Dr Azwa dan peace nya...

Teknik strobist menggunakan satu flash dan di"diffuse" menggunakan payung

Afzan sebagai subjek untuk memeriksa exposure dan white balance

Teknik high key campur low key

Teknik side lighting untuk gambar Sharul, diambil menggunakan  single flash


Gambar-gambar semasa acara pernikahan akan saya post kan nanti. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil saya sebagai photographer perkahwinan anda, boleh lah contact saya.

Tuesday, March 19, 2013

Outdoor Wedding Photo Shoot Di Ipoh Padang Dan Hotel Heritage, Ipoh

Pada hari Ahad, 11 November 2012, saya telah mengambil gambar outdoor wedding photo shoot Saiful dan Intan di Ipoh Padang Dan Hotel Heritage, Ipoh, Perak. Untuk tugasan ini, saya telah dilantik oleh sebuah butik di Medan Gopeng, Ipoh.

Ini adalah kali pertama saya mengambil gambar pengantin di Hotel Heritage, Ipoh, Perak. Asalnya kami memilih lokasi di Ipoh Padang, tapi disebabkan hujan kami terpaksa berpindah lokasi. Bincang punya bincang, akhirnya pengantin mengesyorkan di hotel tersebut sebab dia pernah bekerja di sana.

Gambar di kedua-dua tempat saya ambil tak banyak sebab masa tak cukup. Tapi saya, Afzan dan pengantin amat berpuashati dengan hasilnya. Tengok-tengoklah gambar mereka kat bawah ni..






Sekiranya anda berminat untuk mengambil gambar outdoor wedding photo shoot, bolehlah hubungi kami di sini.

Sunday, March 17, 2013

Kali Ini Saya Bukan Photographer Perkahwinan

Tarikhnya 16 Mac 2013. Tempatnya di Dewan Silveritage Medan Gopeng. Pengantinnya ialah anak saudara saya, Ainon. Dan saya bukan photographer perkahwinan rasmi mereka. Ya, setelah sekian lama pergi ke kenduri kahwin sebagai fotografer rasmi, kali ini saya pergi sebagai tetamu sahaja.

Tetapi, walaupun hadir sebagai tetamu sahaja , kamera dan satu flash tetap saya bawa. Saja untuk mengambil gambar keluarga saya. Semasa saya sedang menjamu selera, tiba-tiba adik perempuan saya bertanya,

"Abang, kenapa photographer yang ada tu tak bawak lampu banyak-banyak yang macam abang bawak?"

Saya tersenyum dan menjawab " Itulah sebabnya gambar abang berbeza dengan diorang punya gambar..."

Elok pulak masa tu Jamli, saudara saya bertanya perkara yang sama dan menunjukkan gambar pernikahan Ainon yang dia ambil menggunakan Note II. Lalu saya pun tunjuk gambar saya yang saya save dalam Note II saya. Jamli berkata.... "ooooo....."

Apalagi, lepas tu, atas permintaan Jamli saya kena tunjuk skill saya dengan mengambil beberapa keping gambar Jamli  dan menggunakan satu flash. Di bawah ini anda boleh tengok gambar-gambar di majlis tersebut.

Dan bagi sesiapa yang masih mencari photographer perkahwinan untuk tahun 2013 ini, bolehlah menghubungi saya di sini.