Saturday, November 24, 2012

Majlis Bersanding Hafizi dan Dhia

Majlis persandingan Hafizi dan Dhia ini telah dijalankan pada hari Sabtu 24-11-2012, di Kampung Sri Kinta Ipoh, Perak. Saya dengan rasminya telah dilantik sebagai photographer majlis perkahwinan mereka beberapa sebelum majlis dilangsungkan.

Saya dan rakan photographer saya, Afzan bertugas pada hari tersebut dan tugasan kami telah bermula dari pukul 11 pagi sehingga pukul 7.30 malam. Pakej fotografi perkahwinan untuk pasangan Hafizi dan Dhia ini memerlukan kami mengambil gambar semasa majlis dan sesi outdoor dimana untuk sesi ini kami telah memilih Hotel Impiana Ipoh sebagai lokasi.

Hotel ini memang cantik untuk bergambar dan saya syorkan kepada pasangan pengantin untuk buat sesi outdoor di sini. Tapi jangan lupa minta kebenaran dari pihak hotel, nanti kena halau pulak!!!