Saturday, February 23, 2013

Majlis Pernikahan Dr Satira dan Shahrin

Majlis pernikahan antara Dr Sarita dan Shahrin terlah berlangsung pada hari Sabtu 23 Februari 2013 di Masjid Sultan Yusoff, Rapat Setia, Ipoh, Perak. Saya telah dilantik menjadi jurugambar rasmi mereka beberapa bulan lebih awal dari tarikh majlis.

Tugasan ini saya jalankan dengan seorang photographer hebat dan member saya iaitu Afzan. Sekarang ini untuk kesemua tugasan saya, saya akan membawa seorang lagi jurugambar untuk memastikan saya mempunyai gambar yang cukup dan supaya beliau boleh membantu saya untuk membawa, memasang dan meletakkan lampu-lampu saya di tempat-tempat strategik untuk memberikan hasil gambar yang menarik seperti yang dihasilkan oleh majalah.

Majlis ini berjalan dengan lancar, bermula kira-kira jam 11 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Selepas selesai upacara akad nikah ini, kami terus ke rumah Dr Satira untuk upacara bersanding pula. 

Untuk tatapan anda semua di bawah ini saya telah meng'uplod' gambar-gambar pernikah mereka.