Hari ini, masa saya tengah belek-belek gambar pengantin yang lama-lama untuk di lupuskan, saya terjumpa gambar pengantin Nadia dan Kamil yang saya ambil di Malim Nawar, Perak. Gambar-gambar ini saya ambil pada bulan Ogos tahun 2012. Saya memang terlupa langsung pasal gambar-gambar Nadia dan Kamil ni. Jadi di sini, saya nak jadikan gambar mereka sebagai contoh gambar perkahwinan saya di dalam blog saya ini.
Showing posts with label photographer malaysia. Show all posts
Showing posts with label photographer malaysia. Show all posts
Wednesday, May 1, 2013
Friday, March 29, 2013
Gambar Sebelum Majlis Nikah Dr Azwa di Gelung Pepuyu
Posted on Friday, March 29, 2013 by MatJet
Pada 23 Mac 2013, saya, Afzan dan Shahrul telah pergi ke Gelung Pepuyu di Bota, Perak untuk mengambil gambar sesi nikah Dr Azwa. Beberapa bulan sebelum itu, Dr Azwa telah melantik kami sebagai photographer perkahwinan beliau dan pasangannya Tahzir.
Di sini ingin saya kongsikan sedikit gambar-gambar sebelum sesi pernikahan beliau. Gambar-gambar ini saya ambil di dalam bilik sementara menunggu ketibaan tok kadi dan bakal pengantin.
Gambar-gambar semasa acara pernikahan akan saya post kan nanti. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil saya sebagai photographer perkahwinan anda, boleh lah contact saya.
Di sini ingin saya kongsikan sedikit gambar-gambar sebelum sesi pernikahan beliau. Gambar-gambar ini saya ambil di dalam bilik sementara menunggu ketibaan tok kadi dan bakal pengantin.
![]() |
Dr Azwa dan Sharul melihat hasil gambar masing-masing |
![]() |
Dr Azwa dan peace nya... |
![]() |
Teknik strobist menggunakan satu flash dan di"diffuse" menggunakan payung |
![]() |
Afzan sebagai subjek untuk memeriksa exposure dan white balance |
![]() |
Teknik high key campur low key |
![]() |
Teknik side lighting untuk gambar Sharul, diambil menggunakan single flash |
Gambar-gambar semasa acara pernikahan akan saya post kan nanti. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil saya sebagai photographer perkahwinan anda, boleh lah contact saya.
Friday, March 15, 2013
Ipoh Portrait Photographer
Posted on Friday, March 15, 2013 by MatJet
Selain daripada seorang photographer kahwin, saya juga adalah seorang portrait photographer. Memandangkan saya menceburi bidang fotografi ini secara full-time maka saya perlu mempelbagaikan perkhidmatan yang saya tawarkan. Antaranya ialah khidmat fotografi portret, keluarga, koprat dan produk. Bagi family dan portrait photography, sesi mengambil gambar boleh dilakukan di rumah anda atau di studio saya di Halaman Meru Permai, Bandar Meru Raya, Ipoh.
Gambar-gambar portret di bawah ialah dari job yang saya dapat daripada Institut Darul Ridzuan yang terletak di Greentown Suria, Ipoh, Perak. Untuk tugasan ini saya ditugaskan untuk mengambil gambar CEO serta kakitangan IDR.
Sunday, March 10, 2013
FM Cosmetics First Anniversary
Posted on Sunday, March 10, 2013 by MatJet
FM Cosmetics Malaysia telah mengadakan sambutan tahun pertama di Malaysia pada 10 Mac 2013 di Megan Avenue 2 di Kuala Lumpur. Pada tugasan kali ini, saya telah menjalankan tugas bersama rakan saya Mahadir yang bekerja di Kuala Lumpur. Kami berdua ialah photographer corporate yang berpengkalan di Malaysia dan telah dilantik untuk mengambil gambar majlis mereka.
Tugasan kali ini agak mudah kerana majlis bermula jam 3 petang dan berakhir pukul 6 petang. Kami cuma perlu mengambil gambar di red carpet dan semasa majlis berlangsung. Untuk gambar di red carpet, kami telah menggunakan dua lampu studio untuk memberi pencahayaan. Gambar-gambar majlis adalah seperti di bawah :-
Saturday, December 29, 2012
Malam Gala Pelancongan Perak 2012
Posted on Saturday, December 29, 2012 by MatJet
Malam Gala Pelancongan Negeri Perak 2012 telah dianjurkan oleh Tourism Perak dan berlangsung pada 29 Disember 2012. Saya telah diberi kepercayaan sebagai official corporate photographer untuk merakamkan majlis tersebut dalam bentuk still photography. Untuk tugasan kali ini saya telah bekerjasama dengan dua orang rakan fotografer saya iaitu Afzan dan Shah.
Majlis ini sungguh meriah dengan kehadiran tetamu dan pemenang-pemenang anugerah seperti anugerah Produk Pelancongan Terbaik, Pemandu Pelancong Terbaik, Media Inovasi Terbaik dan banyak lagi. Terdapat juga persembahan artis seperti Zainal Abidin, Ziana Zain dan Eri Putera. Dan inilah kali pertama saya menonton secara live Zainal Abidin menyanyi, suara dia memang kelasss!!! Saksikan gambar-gambar majlis tersebut di bawah:
Saturday, November 24, 2012
Majlis Bersanding Hafizi dan Dhia
Posted on Saturday, November 24, 2012 by MatJet
Majlis persandingan Hafizi dan Dhia ini telah dijalankan pada hari Sabtu 24-11-2012, di Kampung Sri Kinta Ipoh, Perak. Saya dengan rasminya telah dilantik sebagai photographer majlis perkahwinan mereka beberapa sebelum majlis dilangsungkan.
Saya dan rakan photographer saya, Afzan bertugas pada hari tersebut dan tugasan kami telah bermula dari pukul 11 pagi sehingga pukul 7.30 malam. Pakej fotografi perkahwinan untuk pasangan Hafizi dan Dhia ini memerlukan kami mengambil gambar semasa majlis dan sesi outdoor dimana untuk sesi ini kami telah memilih Hotel Impiana Ipoh sebagai lokasi.
Hotel ini memang cantik untuk bergambar dan saya syorkan kepada pasangan pengantin untuk buat sesi outdoor di sini. Tapi jangan lupa minta kebenaran dari pihak hotel, nanti kena halau pulak!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)