Malam Gala Pelancongan Negeri Perak 2012 telah dianjurkan oleh Tourism Perak dan berlangsung pada 29 Disember 2012. Saya telah diberi kepercayaan sebagai official corporate photographer untuk merakamkan majlis tersebut dalam bentuk still photography. Untuk tugasan kali ini saya telah bekerjasama dengan dua orang rakan fotografer saya iaitu Afzan dan Shah.
Majlis ini sungguh meriah dengan kehadiran tetamu dan pemenang-pemenang anugerah seperti anugerah Produk Pelancongan Terbaik, Pemandu Pelancong Terbaik, Media Inovasi Terbaik dan banyak lagi. Terdapat juga persembahan artis seperti Zainal Abidin, Ziana Zain dan Eri Putera. Dan inilah kali pertama saya menonton secara live Zainal Abidin menyanyi, suara dia memang kelasss!!! Saksikan gambar-gambar majlis tersebut di bawah:
0 comments:
Post a Comment