Hari ini, masa saya tengah belek-belek gambar pengantin yang lama-lama untuk di lupuskan, saya terjumpa gambar pengantin Nadia dan Kamil yang saya ambil di Malim Nawar, Perak. Gambar-gambar ini saya ambil pada bulan Ogos tahun 2012. Saya memang terlupa langsung pasal gambar-gambar Nadia dan Kamil ni. Jadi di sini, saya nak jadikan gambar mereka sebagai contoh gambar perkahwinan saya di dalam blog saya ini.
Showing posts with label jurugambar pernikahan. Show all posts
Showing posts with label jurugambar pernikahan. Show all posts
Wednesday, May 1, 2013
Friday, March 29, 2013
Gambar Sebelum Majlis Nikah Dr Azwa di Gelung Pepuyu
Posted on Friday, March 29, 2013 by MatJet
Pada 23 Mac 2013, saya, Afzan dan Shahrul telah pergi ke Gelung Pepuyu di Bota, Perak untuk mengambil gambar sesi nikah Dr Azwa. Beberapa bulan sebelum itu, Dr Azwa telah melantik kami sebagai photographer perkahwinan beliau dan pasangannya Tahzir.
Di sini ingin saya kongsikan sedikit gambar-gambar sebelum sesi pernikahan beliau. Gambar-gambar ini saya ambil di dalam bilik sementara menunggu ketibaan tok kadi dan bakal pengantin.
Gambar-gambar semasa acara pernikahan akan saya post kan nanti. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil saya sebagai photographer perkahwinan anda, boleh lah contact saya.
Di sini ingin saya kongsikan sedikit gambar-gambar sebelum sesi pernikahan beliau. Gambar-gambar ini saya ambil di dalam bilik sementara menunggu ketibaan tok kadi dan bakal pengantin.
![]() |
Dr Azwa dan Sharul melihat hasil gambar masing-masing |
![]() |
Dr Azwa dan peace nya... |
![]() |
Teknik strobist menggunakan satu flash dan di"diffuse" menggunakan payung |
![]() |
Afzan sebagai subjek untuk memeriksa exposure dan white balance |
![]() |
Teknik high key campur low key |
![]() |
Teknik side lighting untuk gambar Sharul, diambil menggunakan single flash |
Gambar-gambar semasa acara pernikahan akan saya post kan nanti. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil saya sebagai photographer perkahwinan anda, boleh lah contact saya.
Saturday, February 23, 2013
Majlis Pernikahan Dr Satira dan Shahrin
Posted on Saturday, February 23, 2013 by MatJet
Majlis pernikahan antara Dr Sarita dan Shahrin terlah berlangsung pada hari Sabtu 23 Februari 2013 di Masjid Sultan Yusoff, Rapat Setia, Ipoh, Perak. Saya telah dilantik menjadi jurugambar rasmi mereka beberapa bulan lebih awal dari tarikh majlis.
Tugasan ini saya jalankan dengan seorang photographer hebat dan member saya iaitu Afzan. Sekarang ini untuk kesemua tugasan saya, saya akan membawa seorang lagi jurugambar untuk memastikan saya mempunyai gambar yang cukup dan supaya beliau boleh membantu saya untuk membawa, memasang dan meletakkan lampu-lampu saya di tempat-tempat strategik untuk memberikan hasil gambar yang menarik seperti yang dihasilkan oleh majalah.
Majlis ini berjalan dengan lancar, bermula kira-kira jam 11 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Selepas selesai upacara akad nikah ini, kami terus ke rumah Dr Satira untuk upacara bersanding pula.
Untuk tatapan anda semua di bawah ini saya telah meng'uplod' gambar-gambar pernikah mereka.
Saturday, January 21, 2012
Majlis Pernikahan Shahrizal dan Irdawati di Masjid Taman Kledang Jaya, Ipoh, Perak
Posted on Saturday, January 21, 2012 by MatJet
![]() |
Pada 21-01-2012 saya telah dilantik sebagai jurufoto rasmi bagi majlis pernikahan Shahrizal dan Irdawati di Masjid Taman Kledang Jaya, Ipoh, Perak. Majlis pernikahan ini telah berlangsung selepas waktu Asar dan hanya pengantin lelaki sahaja yang ada di Masjid kerana pengantin perempuan berada di dalam keadaan uzur.
Pernikahan berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz sahaja. Selepas selesai majlis pernikahan kami telah pergi ke rumah bapa pengantin perempuan di Halaman Meru Permai untuk acara menyarung cincin dan jamuan makan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Shahrizal dan Irdawati kerana telah melantik saya sebagai jurugambar pernikahan rasmi mereka.
Friday, December 23, 2011
Majlis Pernikahan Sharmila dan Saiful di Kampung Che Zainal Chemor, Perak
Posted on Friday, December 23, 2011 by MatJet
Majlis pernikahan Sharmila dan Saiful telah diadakan pada 23-12-11 di Kampung Che Zainal Chemor, Perak selepas sembahyang Isyak. Saya telah dilantik sebagai jurugambar pernikahan oleh Sharmila pada kira-kira bulan September 2011.
Majlis ini telah diadakan di rumah Sharmila. Saya telah tiba di rumah Sharmila selepas waktu Maghrib untuk membuat persiapan bagi lampu studio saya dan untuk mendapatkan setting yang terbaik untuk gambar saya. Untuk majlis ini, saya telah pergi bersama rakan saya, Megat. Majlis ini berjalan dengan lancar dengan Saiful melafazkan lafaz nikah sekali sahaja.
Selepas selesai majlis, para tetamu telah diraikan dengan jamuan makan. Sementara itu saya dan Megat mengambil gambar Sharmila dan Saiful dan keluarga mereka. Majlis ini telah berakhir pada kira-kira jam 11 malam.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sharmila dan Saiful kerana telah melantik saya sebagai jurugambar rasmi bagi majlis pernikahan mereka.
Friday, December 9, 2011
Majlis Pernikahan Firdaus dan Fazilah Di Taman Sri Kota, Taiping, Perak
Posted on Friday, December 09, 2011 by MatJet
Majlis Pernikahan Firdaus dan Fazilah di Taman Sri Kota, Taiping, Perak adalah job majlis pernikahan pertama yang saya ambil di Taiping. Sebelum ini saya ada mengambil gambar perkahwinan dan gambar outdoor photoshoot di Taman Tasek Taiping.
Majlis ini telah diadakan di masjid berhampiran rumah pengantin perempuan dan telah diadakan selepas solat Asar. Saya dan Megat telah bertolak daripada Ipoh pada pukul 4 petang. Kami agak terlewat sedikit kerana ada masalah sikit. Walaubagaimanapun, semasa kami sampai jemaah baru saja selesai menunaikan solat Asar dan Tok Kadi belum sampai, jadi sempatlah kami membuat persiapan lampu kami dan juga mendapatkan setting cahaya yang terbaik untuk gambar kami nanti.
Majlis pernikahan berjalan dengan lancar. Firdaus melafazkan lafaz nikah sekali sahaja. Setelah selesai upacar di masjid, kami bergegas menuju ke rumah Fazilah yang terletak berhampiran masjid Taman Sri Kota, Taiping. Di sana kami mengambil pula gambar pengantin di dalam bilik pengantin dan di atas pelamin bersama keluarga mereka.
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Firdaus dan Fazilah kerana telah melantik saya sebagai jurugambar rasmi majlis pernikahan mereka. Anda juga boleh melihat lain-lain gambar majlis pernikahan di satu lagi website saya di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)