Saturday, January 21, 2012

Majlis Pernikahan Shahrizal dan Irdawati di Masjid Taman Kledang Jaya, Ipoh, Perak










Pada 21-01-2012 saya telah dilantik sebagai jurufoto rasmi bagi majlis pernikahan Shahrizal dan Irdawati di Masjid Taman Kledang Jaya, Ipoh, Perak. Majlis pernikahan ini telah berlangsung selepas waktu Asar dan hanya pengantin lelaki sahaja yang ada di Masjid kerana pengantin perempuan berada di dalam keadaan uzur.

Pernikahan berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz sahaja. Selepas selesai majlis pernikahan kami telah pergi ke rumah bapa pengantin perempuan di Halaman Meru Permai untuk acara menyarung cincin dan jamuan makan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Shahrizal dan Irdawati kerana telah melantik saya sebagai jurugambar pernikahan rasmi mereka.

0 comments:

Post a Comment