Sunday, March 17, 2013

Kali Ini Saya Bukan Photographer Perkahwinan

Tarikhnya 16 Mac 2013. Tempatnya di Dewan Silveritage Medan Gopeng. Pengantinnya ialah anak saudara saya, Ainon. Dan saya bukan photographer perkahwinan rasmi mereka. Ya, setelah sekian lama pergi ke kenduri kahwin sebagai fotografer rasmi, kali ini saya pergi sebagai tetamu sahaja.

Tetapi, walaupun hadir sebagai tetamu sahaja , kamera dan satu flash tetap saya bawa. Saja untuk mengambil gambar keluarga saya. Semasa saya sedang menjamu selera, tiba-tiba adik perempuan saya bertanya,

"Abang, kenapa photographer yang ada tu tak bawak lampu banyak-banyak yang macam abang bawak?"

Saya tersenyum dan menjawab " Itulah sebabnya gambar abang berbeza dengan diorang punya gambar..."

Elok pulak masa tu Jamli, saudara saya bertanya perkara yang sama dan menunjukkan gambar pernikahan Ainon yang dia ambil menggunakan Note II. Lalu saya pun tunjuk gambar saya yang saya save dalam Note II saya. Jamli berkata.... "ooooo....."

Apalagi, lepas tu, atas permintaan Jamli saya kena tunjuk skill saya dengan mengambil beberapa keping gambar Jamli  dan menggunakan satu flash. Di bawah ini anda boleh tengok gambar-gambar di majlis tersebut.

Dan bagi sesiapa yang masih mencari photographer perkahwinan untuk tahun 2013 ini, bolehlah menghubungi saya di sini.













0 comments:

Post a Comment