Saya telah dilantik sebagai jurugambar perkahwinan rasmi bagi perkahwinan Hady dan Dura pada 05-Februari-2012 di Tambun, Ipoh, Perak berhampiran dengan Lost World of Tambun.
Majlis ini telah bermula pada pukul 12 tengahari dengan dimulai oleh kehadiran tetamu dan pada kira-kira pukul 1 tengahari ketibaan pengantin. Upacara perarakan pengantin telah diiringi oleh sepasukan askar dan 2 orang pemain bag pipe yang juga merupakan askar. Sebelum diraikan di atas pelamin, pasangan pengantin melalui bawah pedang sebagai tanda penghormatan.
Setelah selesai upacara di rumah pengantin, pada kira-kira jam 5 petang, kami telah pergi ke Gunung Lang, Ipoh untuk acara outdoor photoshoot. Pengunjung agak ramai ketika itu dan kami terpaksa menunggu giliran untuk mengambil gambar di sesuatu tempat. Walaubagaimanapun, segalanya berjalan lancar dan sesi ini berakhir pada kira-kira jam 7 petang.
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pasangan Hady dan Dura kerana telah melantik kami sebagai official wedding photographer mereka.
0 comments:
Post a Comment