Friday, March 15, 2013

Ipoh Portrait Photographer

Selain daripada seorang photographer kahwin, saya juga adalah seorang portrait photographer. Memandangkan saya menceburi bidang fotografi ini secara full-time maka saya perlu mempelbagaikan perkhidmatan yang saya tawarkan. Antaranya ialah khidmat fotografi portret, keluarga, koprat dan produk. Bagi family dan portrait photography, sesi mengambil gambar boleh dilakukan di rumah anda atau di studio saya di Halaman Meru Permai, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Gambar-gambar portret di bawah ialah dari job yang saya dapat daripada Institut Darul Ridzuan yang terletak di Greentown Suria, Ipoh, Perak. Untuk tugasan ini saya ditugaskan untuk mengambil gambar CEO serta kakitangan IDR.







Sunday, March 10, 2013

FM Cosmetics First Anniversary

FM Cosmetics Malaysia telah mengadakan sambutan tahun pertama di Malaysia pada 10 Mac 2013 di Megan Avenue 2 di Kuala Lumpur. Pada tugasan kali ini, saya telah menjalankan tugas bersama rakan saya Mahadir yang bekerja di Kuala Lumpur. Kami berdua ialah photographer corporate yang berpengkalan di Malaysia dan telah dilantik untuk mengambil gambar majlis mereka.

Tugasan kali ini agak mudah kerana majlis bermula jam 3 petang dan berakhir pukul 6 petang. Kami cuma perlu mengambil gambar di red carpet dan semasa majlis berlangsung. Untuk gambar di red carpet, kami telah menggunakan dua lampu studio untuk memberi pencahayaan. Gambar-gambar majlis adalah seperti di bawah :-














Saturday, February 23, 2013

Majlis Pernikahan Dr Satira dan Shahrin

Majlis pernikahan antara Dr Sarita dan Shahrin terlah berlangsung pada hari Sabtu 23 Februari 2013 di Masjid Sultan Yusoff, Rapat Setia, Ipoh, Perak. Saya telah dilantik menjadi jurugambar rasmi mereka beberapa bulan lebih awal dari tarikh majlis.

Tugasan ini saya jalankan dengan seorang photographer hebat dan member saya iaitu Afzan. Sekarang ini untuk kesemua tugasan saya, saya akan membawa seorang lagi jurugambar untuk memastikan saya mempunyai gambar yang cukup dan supaya beliau boleh membantu saya untuk membawa, memasang dan meletakkan lampu-lampu saya di tempat-tempat strategik untuk memberikan hasil gambar yang menarik seperti yang dihasilkan oleh majalah.

Majlis ini berjalan dengan lancar, bermula kira-kira jam 11 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Selepas selesai upacara akad nikah ini, kami terus ke rumah Dr Satira untuk upacara bersanding pula. 

Untuk tatapan anda semua di bawah ini saya telah meng'uplod' gambar-gambar pernikah mereka.













Saturday, December 29, 2012

Malam Gala Pelancongan Perak 2012

Malam Gala Pelancongan Negeri Perak 2012 telah dianjurkan oleh Tourism Perak dan berlangsung pada 29 Disember 2012. Saya telah diberi kepercayaan sebagai official corporate photographer untuk merakamkan majlis tersebut dalam bentuk still photography. Untuk tugasan kali ini saya telah bekerjasama dengan dua orang rakan fotografer saya iaitu Afzan dan Shah.

Majlis ini sungguh meriah dengan kehadiran tetamu dan pemenang-pemenang anugerah seperti anugerah Produk Pelancongan Terbaik, Pemandu Pelancong Terbaik, Media Inovasi Terbaik dan banyak lagi. Terdapat juga persembahan artis seperti Zainal Abidin, Ziana Zain dan Eri Putera. Dan inilah kali pertama saya menonton secara live Zainal Abidin menyanyi, suara dia memang kelasss!!! Saksikan gambar-gambar majlis tersebut di bawah: