Wednesday, May 1, 2013

Contoh Gambar Perkahwinan di Malim Nawar, Perak

Hari ini, masa saya tengah belek-belek gambar pengantin yang lama-lama untuk di lupuskan, saya terjumpa gambar pengantin Nadia dan Kamil yang saya ambil di Malim Nawar, Perak. Gambar-gambar ini saya ambil pada bulan Ogos tahun 2012. Saya memang terlupa langsung pasal gambar-gambar Nadia dan Kamil ni. Jadi di sini, saya nak jadikan gambar mereka sebagai contoh gambar perkahwinan saya di dalam blog saya ini. ...

Friday, March 29, 2013

Gambar Sebelum Majlis Nikah Dr Azwa di Gelung Pepuyu

Pada 23 Mac 2013, saya, Afzan dan Shahrul telah pergi ke Gelung Pepuyu di Bota, Perak untuk mengambil gambar sesi nikah Dr Azwa. Beberapa bulan sebelum itu, Dr Azwa telah melantik kami sebagai photographer perkahwinan beliau dan pasangannya Tahzir. Di sini ingin saya kongsikan sedikit gambar-gambar sebelum sesi pernikahan beliau. Gambar-gambar ini saya ambil di dalam bilik sementara menunggu ketibaan tok kadi dan bakal pengantin. Dr Azwa...

Tuesday, March 19, 2013

Outdoor Wedding Photo Shoot Di Ipoh Padang Dan Hotel Heritage, Ipoh

Pada hari Ahad, 11 November 2012, saya telah mengambil gambar outdoor wedding photo shoot Saiful dan Intan di Ipoh Padang Dan Hotel Heritage, Ipoh, Perak. Untuk tugasan ini, saya telah dilantik oleh sebuah butik di Medan Gopeng, Ipoh. Ini adalah kali pertama saya mengambil gambar pengantin di Hotel Heritage, Ipoh, Perak. Asalnya kami memilih lokasi di Ipoh Padang, tapi disebabkan hujan kami terpaksa berpindah lokasi. Bincang punya bincang, akhirnya...

Sunday, March 17, 2013

Kali Ini Saya Bukan Photographer Perkahwinan

Tarikhnya 16 Mac 2013. Tempatnya di Dewan Silveritage Medan Gopeng. Pengantinnya ialah anak saudara saya, Ainon. Dan saya bukan photographer perkahwinan rasmi mereka. Ya, setelah sekian lama pergi ke kenduri kahwin sebagai fotografer rasmi, kali ini saya pergi sebagai tetamu sahaja. Tetapi, walaupun hadir sebagai tetamu sahaja , kamera dan satu flash tetap saya bawa. Saja untuk mengambil gambar keluarga saya. Semasa saya sedang menjamu selera, tiba-tiba...

Friday, March 15, 2013

Ipoh Portrait Photographer

Selain daripada seorang photographer kahwin, saya juga adalah seorang portrait photographer. Memandangkan saya menceburi bidang fotografi ini secara full-time maka saya perlu mempelbagaikan perkhidmatan yang saya tawarkan. Antaranya ialah khidmat fotografi portret, keluarga, koprat dan produk. Bagi family dan portrait photography, sesi mengambil gambar boleh dilakukan di rumah anda atau di studio saya di Halaman Meru Permai, Bandar Meru Raya, Ipoh. Gambar-gambar...

Sunday, March 10, 2013

FM Cosmetics First Anniversary

FM Cosmetics Malaysia telah mengadakan sambutan tahun pertama di Malaysia pada 10 Mac 2013 di Megan Avenue 2 di Kuala Lumpur. Pada tugasan kali ini, saya telah menjalankan tugas bersama rakan saya Mahadir yang bekerja di Kuala Lumpur. Kami berdua ialah photographer corporate yang berpengkalan di Malaysia dan telah dilantik untuk mengambil gambar majlis mereka. Tugasan kali ini agak mudah kerana majlis bermula jam 3 petang dan berakhir pukul 6...

Saturday, February 23, 2013

Majlis Pernikahan Dr Satira dan Shahrin

Majlis pernikahan antara Dr Sarita dan Shahrin terlah berlangsung pada hari Sabtu 23 Februari 2013 di Masjid Sultan Yusoff, Rapat Setia, Ipoh, Perak. Saya telah dilantik menjadi jurugambar rasmi mereka beberapa bulan lebih awal dari tarikh majlis. Tugasan ini saya jalankan dengan seorang photographer hebat dan member saya iaitu Afzan. Sekarang ini untuk kesemua tugasan saya, saya akan membawa seorang lagi jurugambar untuk memastikan saya mempunyai...